Kalo nak,KLIK! Kalo xnak,KLIK JE..
HERBALIFE
BERMINAT MENCUBA HERBALIFE
Sila isi form di bawah >>>
Nama:
Email Anda:
NO H/P
Program Pilihan Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve skin
Jana pendapatan tambahan
Lokasi Anda

Monday, April 25, 2011

PAMERAN HARTANAH & PERHIASAN 2011 - 27-29 MEI 2011

Assalamualaikum...

Macam biasa la...Ada Info untuk kawan2 semua, Ini  dia :) tu bawah tu...

MrSyuko terbaca kat sini drumah.com ,apalagi memang menarik...sbb memang MrSyuko tengah dok mencari hartanah..cewah2!!! dan mcm biasa mesti nak kongsi dgn pelawat Blog MrSyuko laa... :)

NI MAKLUMAT YG ADA :
Pada mereka yang masih mencari hartanah yang bersesuaian dengan citarasa dan bajet tertentu, mungkin disinilah tempatnya pencarian anda akan berakhir, oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan untuk

Sunday, April 24, 2011

JOM RACE UNTUK IPAD2@BB BOLD 3@iPOD TOUCH@TIKET WAYANG

JOIN
Assalamualaikum,
Nampak tak MrSyuko Speaking kat atas tu...HAAA...ni ada RACE yg Halal yg Bole Kita Semua JOIN!!! 

Saturday, April 23, 2011

Lalai Solat kerana Pengaruh Dunia

PERNAHKAH kita bersedih kerana tertinggal sembahyang, terlewat mengerjakannya atau pernahkah perasaan rugi kerana tidak sempat melakukan solat secara berjemaah?

Pernahkah kita terasa berdosa tidak ‘beradab’ menghadapi Allah? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Kali ini penulis ingin menyentuh soal lalai dalam solat. 
Lawan lalai ialah khusyuk dan ia bukan setakat dapat menumpukan perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi menimbulkan rasa-rasa dengan Tuhan.

Kalau tidak ada rasa-rasa yang berubah dalam sembahyang seperti gerun, hebat, cinta, takut, berharap kepada Tuhan maka itu tanda tidak khusyuk.



Lalai dalam sembahyang ada beberapa peringkat seperti berikut:



1. Lalai habis. Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan sembahyang. Ia berterusan sampai salam. Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar pun tidak.

Friday, April 22, 2011

KARNIVAL MUSIM PANCING MALAYSIA 16 APRIL - 14 MAY 2011

KHAS UNTUK KAKI PANCING..JOM KITA TERJAH....!!!


Klik pada gambar utk view lebih jelas.

Klik pada gambar utk view lebih jelas.

Landmark : Glenmarie Cove


Utk maklumat lanjut : http://www.tcetackles.com.my/promotions.htm

p/s InsyAllah hari isnin MrSyuko akan pegi sana..jom ramai2...

Sunday, April 17, 2011

PELUANG NAK "UP KAN TRAFIK BLOG ANDA SECARA PERCUMA"


Assalamualaikum,

Bila tengok perkataan kat atas tu"Merah tu"....MrSyuko teruja nak try, dan br jer di approve oleh Admin Blog tersebut FaizalSyukri.com tp belum la tau lg kesan nya... tp tak kisah lah,yg penting "PERCUMA" ..hehe :) bkn nya kena bayar pun, bagi kawan2 yg baru nak belajar2 berblog mcm MrSyuko bole laa try UP TRAFIK guna cara ni.. Dah ada yg nak tolong, cuba je lah kan..mana la tau kot2 menjadi...Kalo nak cuba.. 

MrSyuko hanya sekadar berkongsi,mana lah tahu bole membantu kawan2 untuk sama2 kita memeriahkan arena blogger kita ni... :) SELAMAT MENCUBA ...terima kasih FaizalSyukri.com kerana memberi peluang ini.




Saturday, April 16, 2011

MrSyuko Dituduh mencuri wang di Supermarket..Ada ka patut???

Assalamualaikum semua,

Apa habaq semua,ish geramnya...Ada ka patut?? patut ka!!! ish2x... maaplah bukan marah kt kwn2 semua tp kt Akak yg sombong dan pak guard yg main percaya aje...

Kejadian berlaku tghari td, dekat sebuah supermarket yg besaq...kompom la ramai org kt situ, almaklum laa hari cuti, MrSyuko dan famili pun sama laa shopping jgk..

Bila semua brg dah beli,apa lg kena la beratuq nak bayaq kt cashier.. Nak dijadikan cerita, depan MrSyuko ada la sorang akak ni,gaya lagaknya mcm (mak Datin la jgk,mcm mami penang pun ada.). dok tgh nak bayaq jgk. Tgh2 dok beratur ni,MrSyuko terperasan la yg beg duit akak ni nak terkeluaq dr beg tgn akak ni.. Niat dihati nak tolong laa bgtau..tp tgn ni lg cepat reflectnya..sbb beg duit tu dah nk jatuh sgt2..

Jadi apa lagi terus la terpegang beg duit tu,sepantas kilat itu jgk lah akak td ni menoleh ke arah MrSyuko.. Baru jer MrSyuko nak cakap"Akak......." ...tp akak tu dah menjerit "Pencuri,Pencuri..." Apalagi,orang ramai yg kt situ semua memandang ke arah MrSyuko..Terkedu jgk la MrSyuko seketika,apa nak buat ni..akak ni biaq betoi, 

Keputusan Rasmi Pilihan Raya Negeri Sarawak

Pilihan Raya Negeri Sarawak

N021: SIMUNJAN: SARAWAK: 10,104
1. MOHD NARODEN MAJAIS (BN-PBB)..................5,465
2. Mashor Hussen (PKR)...........................1,417
3. Zaini bin Le'' (Bebas)...........................179
4. Mac Palima ak Nyambil (PCM).....................237

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................7,383
Peratus/Percentage...............................73.29%
Undi rosak/Spoilt votes.............................85 Majoriti/Majority................................4,048

Penyandang/Incumbent: Mohd Naroden Majais (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,786
Majoriti/Majority: 3,350


N024: BETING MARO: 7,868
1. RAZAILI GAPOR (BN-PBB)........................3,069
2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)........2,678

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,808
Peratus/Percentage...............................73.82%
Undi rosak/Spoilt votes.............................61
Majoriti/Majority..................................391
Penyandang/Incumbent: Bolhassan Di @ Ahmad Di (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 2,796
Majoriti/Majority: 895

Friday, April 15, 2011

HENTIAN PUDURAYA BERWAJAH BARU

Hentian Puduraya merupakan terminal bas di Kuala Lumpur, Malaysia. Hentian ini dibuka pada 1976 oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn. Stesen bas ini digunakan oleh bas ekspres untuk perkhidmatan bagi seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Negara Thai dan Singapura. Puduraya adalah paling sibuk semasa cuti awam dan musim perayaan.
Pengendali Hentian Puduraya ialah dibawah UDA Holdings Bhd , sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.


 

Video 1 : Hentian Puduraya,Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Pembukaan semula Hentian Puduraya ditangguhkan pula ke 16 April depan berikutan kerja-kerja menaik taraf belum siap sepenuhnya.
Berikutan itu, Terminal Bas Bukit Jalil akan dikekalkan buat sementara waktu untuk kegunaan orang ramai, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau mengadakan perbincangan dengan pemaju Hentian Puduraya, UDA Holdings Berhad dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini.
"Kemudahan di hentian ini perlu diperbaiki lagi. Saya kurang berpuas hati kerana siling di sesetengah tempat terlalu rendah, eskalator, lif dan lain-lain belum testing (diuji) lagi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Hentian Puduraya di sini.

Thursday, April 14, 2011

INFO SEPARUH AKHIR LIGA JUARA_JUARA




PERLAWANAN SEPARUH AKHIR

TUESDAY, APRIL 26, 2011
Time                  Home                      Away           Stage           Venue
02:45 AM       Schalke 04      v      Man United    Semi-finals    Veltins-Arena


WEDNESDAY, APRIL 27, 2011
Time                 Home                       Away           Stage            Venue
02:45 AM       Real Madrid    v      Barcelona       Semi-finals    Santiago Bernabéu


TUESDAY, MAY 3, 2011
Time                 Home                       Away            Stage           Venue
02:45 AM      Barcelona        v       Real Madrid    Semi-finals   Camp Nou


WEDNESDAY, MAY 4, 2011 
Time                Home                        Away            Stage           Venue
02:45 AM     Man United      v       Schalke 04      Semi-finals   Old Trafford





Wednesday, April 13, 2011

KEPUTUSAN SUKU AKHIR KE-2 Liga Juara-Juara



KEPUTUSAN SUKU AKHIR KE-2

MAN.UNITED 2 lwn CHELSEA 1 
*MU menang agg 3-1
Live @ Astro 812 - 2:40 pagi

SHAKTAR 0  lwn BARCELONA 1 
*Barca menang agg 6-1
Live @ Astro 813 - 2:40 pagi

PERLAWANAN ESOK(KHAMIS)

TOTTENHAM(0) lwn REAL MADRID(4)
Live @ Astro 812 - 2:40 pagi

SCHALKE(5) lwn INTER MILAN(2)
Live @ Astro 813 - 2:40 pagi

*Keputusan Suku Akhir Pertama Dlm Kurungan( ).


PERLAWANAN SEPARUH AKHIR
Tue  26/04/11   Internazionale/Schalke 04  -  Manchester United 
Tue  03/05/11   Manchester United  -  Internazionale/Schalke 04 

Tue  26/04/11   Real Madrid/Tottenham  -  Barcelona 
Tue  03/05/11   Barcelona  -  Real Madrid/Tottenham 

*Manchester United & Barcelona telah layak ke separuh akhir..



Monday, April 11, 2011

Liga Juara-Juara - Jadual Suku Akhir Ke-2



ESOK(RABU)

MAN.UNITED(1) lwn CHELSEA(0)
Live @ Astro 812 - 2:40 pagi

SHAKTAR(1) lwn BARCELONA(5)
Live @ Astro 813 - 2:40 pagi

KHAMIS

TOTTENHAM(0) lwn REAL MADRID(4)
Live @ Astro 812 - 2:40 pagi

SCHALKE(5) lwn INTER MILAN(2)
Live @ Astro 813 - 2:40 pagi

*Keputusan Suku Akhir Pertama Dlm Kurungan( ).


Sumber : KOSMO!

Keputusan Ujian DNA "Telur Tiruan" = "telur ayam cacat".


‘Bukan telur tiruan’



Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Sazarina Shahrim

2011/04/12


DR ABD AZIZ menunjukkan perbezaan telur sebenar dengan telur yang didakwa tiruan (kiri) pada sidang media di Wisma Tani di Putrajaya, semalam. - Foto BERNAMA
JPV sahkan telur ayam cacat dijual di pasaran

PUTRAJAYA: Telur ayam tiruan yang didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dijual di pasaran negara ini sebenarnya adalah ‘telur ayam cacat’ yang berkualiti rendah dan biasanya tidak dijual kepada umum. 

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin, berkata pemeriksaan pihaknya mendapati tidak ada telur ayam tiruan dijual di pasaran negara ini.



“Berdasarkan pemeriksaan juga, telur tiruan yang didakwa CAP minggu lalu adalah telur ayam berkualiti rendah yang ada kecacatan sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pengguna dan dianggap telur ayam tiruan,” katanya pada sidang media ketika mengumumkan perkara itu, semalam.

Sunday, April 10, 2011

Telur Tiruan@Palsu - Keratan Akbar Tanah Air.


Keratan Akbar : Sinar
GEORGETOWN - AWAS TELUR TIRUAN.....Telur tiruan yang dipecahkan menunjukkan putih telur dan kuning telur berkenaan bercampur ketika dipamerkan semasa sidang media oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
 Telur tiruan itu dibawa oleh seorang pengadu dikenali sebagai Loh yang membeli telur tersebut dari sebuah pasar di Pulau Tikus dekat sini.


- foto BERNAMA


Keratan Akbar : Harian Metro
KUALA LUMPUR: Penjualan telur ayam tiruan yang dikesan berlaku di pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang, kelmarin menimbulkan rasa panik kebanyakan pengguna sekitar ibu kota yang hampir keseluruhannya tidak mengetahui perbezaan antara telur ayam sebenar dengan telur ayam tiruan.