Kalo nak,KLIK! Kalo xnak,KLIK JE..
HERBALIFE
BERMINAT MENCUBA HERBALIFE
Sila isi form di bawah >>>
Nama:
Email Anda:
NO H/P
Program Pilihan Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve skin
Jana pendapatan tambahan
Lokasi Anda

Friday, April 15, 2011

HENTIAN PUDURAYA BERWAJAH BARU

Hentian Puduraya merupakan terminal bas di Kuala Lumpur, Malaysia. Hentian ini dibuka pada 1976 oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn. Stesen bas ini digunakan oleh bas ekspres untuk perkhidmatan bagi seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Negara Thai dan Singapura. Puduraya adalah paling sibuk semasa cuti awam dan musim perayaan.
Pengendali Hentian Puduraya ialah dibawah UDA Holdings Bhd , sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.


 

Video 1 : Hentian Puduraya,Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Pembukaan semula Hentian Puduraya ditangguhkan pula ke 16 April depan berikutan kerja-kerja menaik taraf belum siap sepenuhnya.
Berikutan itu, Terminal Bas Bukit Jalil akan dikekalkan buat sementara waktu untuk kegunaan orang ramai, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau mengadakan perbincangan dengan pemaju Hentian Puduraya, UDA Holdings Berhad dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini.
"Kemudahan di hentian ini perlu diperbaiki lagi. Saya kurang berpuas hati kerana siling di sesetengah tempat terlalu rendah, eskalator, lif dan lain-lain belum testing (diuji) lagi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Hentian Puduraya di sini.
Turut serta dalam lawatan hampir 45 minit itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha(Perancangan dan Pembangunan), Datuk Bakaruddin Othman dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar dan Pengurusan), Datuk Adnan Md Ikhsan serta Pengarah Urusan Uda Holdings Berhad, Datuk Jaafar Abu Hassan.

Hentian Puduraya sepatutnya dibuka semula pada 1 Mac ini selepas kerja-kerja menaik taraf dimulakan pada Jun 2009
Sehingga kini, proses menaik taraf Hentian Puduraya membabitkan tingkat bawah tanah (91.4 peratus), tingkat bawah (91.7 peratus), tingkat mezzanine (90 peratus), tingkat satu (94 peratus), tingkat dua (98 peratus) dan medan selera (95 peratus).

Secara keseluruhan status peratusan siap bagi hentian itu adalah 96 peratus dengan kos menaik taraf sebanyak RM52 juta.
Sehingga kini, proses menaik taraf Hentian Puduraya membabitkan tingkat bawah tanah (91.4 peratus), tingkat bawah (91.7 peratus), tingkat mezzanine (90 peratus), tingkat satu (94 peratus), tingkat dua (98 peratus) dan medan selera (95 peratus).

Secara keseluruhan status peratusan siap bagi hentian itu adalah 96 peratus dengan kos menaik taraf sebanyak RM52 juta.
Raja Nong Chik berkata, penangguhan itu bagi memberi peluang kepada pihak Uda Holdings untuk menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai bagi memastikan keselesaan warga Kuala Lumpur dan rakyat di negara ini apabila hentian berkenaan digunakan.

Beliau berkata, jumlah bas yang menunggu di hentian itu berkurangan daripada 1,200 kepada 700 sahaja ekoran perpindahan banyak syarikat bas ke Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS).

Sementara itu, Jaafar berkata keutamaan untuk menjalankan perniagaan di Hentian Puduraya akan diberikan kepada peniaga asal yang sudah berpindah ke Terminal Bas Bukit Jalil.

"Tapi ada peniaga yang tidak berniaga sementara di Bukit Jalil, yang itu kita (UDA Holdings) beri sewa percuma sebagai pampasan di atas kerugian pendapatan yang dialami oleh mereka," katanya yang menjangkakan sewaan percuma selama enam hingga tujuh bulan diberi kepada 115 daripada 182 peniaga asal.

Menurutnya, UDA Holdings turut menambah sistem kamera litar tertutup (CCTV) menjadi 200 daripada 96 sebelum ini selain monitor tv untuk mengawal perjalanan bas.

"Ini semua (CCTV) belum dapat diuji melainkan ada bekalan elektrik. Kita jangkakan pada awalnya perancangan pada 17 Mac namun ditangguhkan kepada 22 Mac," katanya.

Mengulas mengenai TBS-BTS yang dibuka pada 1 Mac ini, Jaafar berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan SPAD bagi mengatasi masalah ulat tiket.

"Ulat tiket tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Darat dan perkara ini akan ditangani oleh SPAD namun kita turut bekerjasama dengan pihak JPJ, SPAD dan polis untuk menangani masalah ini," katanya sambil menjelaskan sistem e-tiket akan mengurangkan masalah itu. -Bernama
 Sumber : Harian Metro

p/s MrSyuko terasa plak nak naik BAS...dah lama ni tak balik Kedah naik Bas....hehe

0 comments: