Kalo nak,KLIK! Kalo xnak,KLIK JE..
HERBALIFE
BERMINAT MENCUBA HERBALIFE
Sila isi form di bawah >>>
Nama:
Email Anda:
NO H/P
Program Pilihan Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve skin
Jana pendapatan tambahan
Lokasi Anda

Wednesday, May 4, 2011

Info: SOALAN LAZIM TENTANG "HALAL"



Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 168, bermaksud:
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak syaitan…”

Hadis yang diriwayatkan Saidina Ali ra, Nabi ada bersabda yang bermaksud:
“Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah.”

1. APAKAH BADAN PENSIJILAN DAN LOGO HALAL LAIN YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM DI DALAM DAN LUAR NEGARA?
(a) Dalam negeri:
JAKIM mengiktiraf pensijilan halal yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)/Jabatan Agama Negeri (JAIN).

(b) Luar negara:
Terdapat 52 badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara.
Maklumat badan dan logo tersebut boleh dicapai melalui portal halal di www.halal.gov.my atau risalah senarai badan pensijilan halal luar negara dari Bahagian Hab Halal, JAKIM.


2. BAGAIMANAKAH HENDAK MENGENALPASTI PRODUK IMPORT YANG BERADA DI PASARAN MENDAPAT PENSIJILAN HALAL LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF?
Pengguna boleh mengenalpasti produk tersebut melalui logo atau nama badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf pada label produk tersebut.

3. APAKAH PERBEZAAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA DENGAN SIJIL HALAL YANG DIKELUARKAN OLEH BADAN SWASTA?
Perbezaan adalah seperti berikut :

(a) Pensijilan halal Malaysia:
i. dilaksanakan oleh badan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
ii. melalui standard dan prosedur yang telah ditetapkan;
iii. selaras dengan undang-undang yang berkaitan; dan
iv. sentiasa dipantau oleh pihak berwibawa.

(b) Pensijilan halal swasta dilaksanakan oleh pihak yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan.

4. ADAKAH TERDAPAT KERJASAMA ANTARA SYARIKAT SWASTA DENGAN KERAJAAN DALAM PROSES UNTUK MENDAPATKAN SIJIL HALAL?
Sehingga kini, tiada kerjasama antara Kerajaan dan pihak swasta dalam melaksanakan pensijilan halal Malaysia.
5. BOLEHKAH PERMOHONAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA DIKEMUKAKAN SECARA MANUAL?
Tidak. Setiap pemohonan pensijilan halal Malaysia hendaklah dipohon terus secara atas talian (online) melalui portal halal www.halal.gov.my.

6. BOLEHKAH PERMOHONAN LUAR NEGARA DIKEMUKAKAN SECARA ONLINE? Ya. Setiap pemohonan pensijilan halal Malaysia boleh dipohon melalui portal halal www.halal.gov.my/international.

7. APAKAH UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAPAKAI DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA? Pensijilan halal Malaysia menggunapakai undang-undang seperti berikut :

i. Akta Perihal Dagangan 1972 (Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan Halal)
1975) yang menjelaskan takrif halal dan penyediaan makanan halal dari segi hukum
syarak serta kesalahan pemalsuan bahan mentah dan dokumen halal (KPDNKK);

ii. Akta Makanan 1983 (Kementerian Kesihatan) - berhubung perlabelan, amalan kebersihan
dan keselamatan makanan;

iii. Veterinary Public Health Ordinance 1999 [Akta Binatang 1953 (semakan 2006), Akta
Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 dan Akta Lembaga Kemajuan Ternakan
Negara (Pembubaran), 1983 (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)- berhubung penternakan
haiwan, kawalan penyakit dll.], Sabah Slaughter House Rules, 2003;

iv. Akta Kastam 1967 (Larangan Mengenai Import 1998)- berhubung import/eksport daging
halal;

v. Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah Sarawak, 2001, Enakmen Majlis 2004 (Sabah),
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri;

vi. Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan;

vii. Akta Cap Dagangan 1976; dan

viii. Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984 (pindaan 2010).

8. ADAKAH PENGGUNAAN LOGO HALAL DI DALAM IKLAN PERLU MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA JAKIM/MAIN/JAIN? Tidak perlu. Walaubagaimanapun pihak berkuasa yang meluluskan iklan perlu merujuk kepada JAKIM untuk pengesahan.

9. ADAKAH LOGO HALAL BOLEH DICETAK PADA KATALOG / BROSUR/ BULETIN / KAD NAMA / KEPALA SURAT SYARIKAT DAN SEBAGAINYA? Tidak boleh. Logo halal hanya boleh dicetak pada produk yang telah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia sahaja.

10. ADAKAH STATUS HALAL PRODUK LUAR NEGARA YANG DISAHKAN HALAL OLEH JAKIM / MAIN / JAIN DIPAPAR DAN DIKEMASKINI DALAM PORTAL HALAL? Ya. Status halal produk luar negara yang disahkan halal oleh JAKIM / MAIN / JAIN dipaparkan dan sentiasa dikemaskini dari masa ke masa dalam portal halal.

11. SELAIN DARIPADA JAKIM, ADAKAH TERDAPAT BADAN PENGELUAR PENSIJILAN HALAL DI MALAYSIA? Ya. Terdapat badan-badan swasta yang turut mengeluarkan pensijilan halal di Malaysia.

12. ADAKAH SIJIL HALAL YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK SWASTA DIIKTIRAF OLEH JAKIM? Tidak.

13. ADAKAH JAKIM AKAN MENETAPKAN PERATURAN BAHAWA HANYA LOGO HALAL MALAYSIA YANG DIKELUARKAN OLEH JAKIM/MAIN/JAIN SAHAJA YANG AKAN DIIKTIRAF DI MALAYSIA PADA MASA AKAN DATANG? Ya;

(a) Dalam Negara
JAKIM hanya akan mengikitiraf sijil halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM/MAIN/JAIN. Di samping itu, JAKIM tidak mengiktiraf sijil halal yang dikeluarkan oleh badan swasta di Malaysia.

(b) Luar Negara
JAKIM mengiktiraf logo halal yang dikeluarkan oleh 52 badan Islam luar negara. (Senarai penuh logo-logo yang berkaitan boleh didapati di portal halal www.halal.gov.my).

14. ADAKAH EKSEKUTIF HALAL/ JAWATANKUASA HALAL DALAMAN TERMASUK DALAM SYARAT PERMOHONAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA? Merujuk kepada Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, Eksekutif Hala / Jawatankuasa Halal Dalaman adalah wajib bagi syarikat multinasional dan industri kecil sederhana sahaja.

15. APAKAH TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN EKSEKUTIF HALAL/ JAWATANKUASA HALAL DALAMAN? Eksekutif Halal/ Jawatankuasa Halal Dalaman memainkan peranan dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan sistem kawalan halal dalaman.

16. BAGI SYARIKAT DI LUAR NEGARA YANG SUKAR/TIDAK MEMPUNYAI EKSEKUTIF HALAL/JAWATANKUASA HALAL DALAMAN, BOLEHKAH SEKIRANYA PIHAK SYARIKAT MELANTIK PIHAK LUAR SEBAGAI PEMANTAU/AUDITOR LUAR? Ya, syarikat di luar negara yang sukar/tidak mempunyai Eksekutif Halal/Jawatankuasa Halal Dalaman, boleh melantik badan Islam yang diiktiraf sebagai pemantau/auditor luar.

17. APAKAH FATWA-FATWA YANG BOLEH DIRUJUK DALAM PERMASALAHAN HALAL? Fatwa yang berkaitan dengan halal boleh dirujuk di pautan e-fatwa : www.e-fatwa.gov.my

18. APAKAH PERBEZAAN ANTARA PENSIJILAN HALAL YANG DIKELUARKAN OLEH JAKIM DAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI/JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI? Berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Exco-Exco Agama pada tahun 1998 menetapkan bahawa :

1) Skop pensijilan halal bagi pihak MAIN/JAIN adalah untuk pasaran tempatan; dan
2) Skop pensijilan halal bagi JAKIM ialah diperingkat persekutuan dan bagi produk-produk yang akan di eksport ke luar negara.

(Walaubagaimanapun, apabila pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 dan 1975 diluluskan oleh Parlimen, skop pensijilan halal bagi MAIN/JAIN dan JAKIM adalah sama).

19. APAKAH SYARAT TAMBAHAN PENGGUNAAN LOGO HALAL MALAYSIA? Syarat tambahan adalah seperti berikut:

a) Penggunaan logo halal Malaysia pada label produk hendaklah disertai dengan nombor
standard yang berkaitan mengikut kategori (bagi produk - MS1500:2009, kosmetik dan
penjagaan diri - MS2200 :Part 1:2008) dan 10 digit nombor rujukan syarikat. Pelaksanaan
peraturan ini bermula pada 1 Julai 2011 dan berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2012
(penggunaan logo);

b) Penggunaan pelekat logo halal bagi premis makanan akan dilaksanakan bermula 1 Januari
2011. Pemegang SPHM sedia ada diberi tempoh selama enam bulan dari tarikh tersebut
untuk melaksanakan peraturan ini.

20. APAKAH KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH ENJIN PENCARIAN BAGI DIREKTORI HALAL DI LAMAN WEB WWW.HALAL.GOV.MY (CONTOH: PREMIS, PRODUK DAN LAIN-LAIN)? Pengguna boleh mendapatkan maklumat produk / premis makanan / syarikat yang telah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dengan mudah di enjin carian direktori halal dengan cara memasukkan kata kunci yang dikehendaki.

Contoh: Ayam

Semua maklumat yang berkaitan dengan ayam akan disenaraikan mengikut kategori sama ada syarikat/ produk / premis makanan / rumah sembelih.

Bersambung....


Sumber : Halal JAKIM

Sebenarnya terdapat banyak lagi soalan mengenai "HALAL" ini...Disini MrSyuko kongsikan sebahagian daripadanya,selebihnya boleh laa melayari web ni : http://www.halaljakim.gov.my/.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menyebut bahawa dalam satu jasad ada seketul darah apabila ia rosak, akan rosaklah jasad itu tetapi apabila ia baik, maka baiklah jasad itu. Seketul darah dimaksudkan itu adalah hati. Maka, peliharalah hati kita dengan memilih makanan baik lagi halal supaya kita diberkati Allah SWT dan diterima segala amalan.

0 comments: