Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Hari Ini...
Sepatah Kata
- Mr Syuko
- Assalamualaikum semua..Terima kasih diatas kesudian kwn2 semua utk sama2 memeriahkan lg blog ini.MrSyuko ingin menjadikan blog ini sebagai tempat untuk MrSyuko berkongsi apa saja yg boleh dikongsi dan juga berbisnes.Semoga kita sama2 beroleh manfaat.
Hadis Sahih Al Bukhari
Blog²
Blog Update
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sewa Mobil Malang By Nayfa Group8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
F.Y.I13 years ago
-
-
-
BEZA CINTA & SUKA14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Radio HOT fm
Radio ERA fm

BERMINAT MENCUBA HERBALIFE
Sila isi form di bawah >>>
Monday, February 15, 2010
RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MrSyuko@Kategori
About IT Acara Agama AlQuran Online anak Aplikasi Baru tau Bas berita Bisnes Bola Cerita Champion League contest Gambar halal Hartanah Herbalife iklan Info insaf internet Jakim kembali keputusan Kisah Liga juara-juara Makanan map Monavie National Geographic Osama pameran pancing panduan Pengangkutan Penulisan Artikel peraduan peringatan peristiwa petua Pilihanraya politik promosi Puduraya rahsia rasul rumah semula Soalan Solat Streamyx Sukan Telur terkini tiruan TM ucapan undi unifi video
Status
Statistik
96747
"On Air"
Radio SINAR fm
Radio MUZIK fm
Kunjungan Pelawat
PENAFIAN
Segala Info/Maklumat dari Blog MrSyuko diperolehi dari pelbagai sumber, tidak dapat dijamin kesahihan maklumat yang dipaparkan.
Copyright© MrSyuko. All rights reserved.
Check Page Rank of any web site pages instantly: |
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service |

0 comments:
Post a Comment