Salam kwn2, kesinambungan drp tips penulisan artikel - tujuan.
MrSyuko nak kongsi pulak tips yg ke-2 iaitu IDEA.
Selepas anda tetapkan tujuan, anda perlu mencari idea untuk menulis artikel. Idea yang saya maksudkan di sini adalah isi kandungan yang akan ditulis bagi artikel anda kelak. Untuk menulis sebuah artikel informasi, anda wajib membuat kajian terlebih dahulu. Tetapi, apakah cara yang betul dalam membuat kajian ini? Saya banyak menjadi subscriber kepada penulis artikel antarabangsa. Mereka sentiasa mencadangkan kepada saya supaya sentiasa mendapatkan idea daripada laman web Amazon, Ebay, Clickbank, RSS Feeder dan direktori artikel.
Masalahnya, adakah idea daripada laman-laman tersebut dapat diselaraskan dengan pasaran tempatan? Jawapan saya, sudah tentu anda boleh selaraskan dengan pasaran tempatan. Ingat lagi dengan ayat pengenalan saya di atas, saya ada sebutkan, anda wajar bijak dalam mengaplikasikan keadaan. Oleh itu, saya cadangkan juga untuk anda
dapatkan idea daripada laman-laman tersebut. Saya tidak berminat untuk bincangkan dengan lebih lanjut berkenaan mencari idea dari laman-laman di atas. Ini kerana, saya tahu anda pasti akan menghadapi masalah dalam mengaplikasikan idea daripada laman tersebut. Saya akan berikan anda cara yang lebih mudah dalam mendapatkan idea untuk artikel anda.
dapatkan idea daripada laman-laman tersebut. Saya tidak berminat untuk bincangkan dengan lebih lanjut berkenaan mencari idea dari laman-laman di atas. Ini kerana, saya tahu anda pasti akan menghadapi masalah dalam mengaplikasikan idea daripada laman tersebut. Saya akan berikan anda cara yang lebih mudah dalam mendapatkan idea untuk artikel anda.
Caranya, anda perlu luangkan 5-15 minit dalam sehari untuk membuat kajian dan bacaan di sumber-sumber berikut:
1. Forum-forum (contoh: WangCyber, CariGold).
2. Blog-blog (contoh: AmboAzhan, TutorialNewbie).
3. Suratkhabar Tempatan (contoh: Berita Harian).
4. Majalah tempatan (contoh: Majalah terbitan Karangkraf).
Dengan membuat kajian di forum, blog, suratkhabar dan majalah, hasil kajian anda akan lebih fokus kepada pasaran tempatan sahaja. Anda tidak perlu mengaplikasikan keadaan lagi. Malah, anda akan berjaya hasilkan artikel untuk pencari-pencari informasi yang malas dalam mendapatkan informasi dari sumber-sumber di atas. Katakan anda ingin menulis artikel berkenaan ‘Cara Buat Duit Melalui Blog’. Hal ini banyak dibincangkan dari sumber-sumber di atas. Anda hanya perlu dapatkan kesemua idea cara buat duit melalui blog itu dan gabungkan idea tersebut untuk membentuk sebuah artikel. Jangan pula anda copy & paste sahaja idea yang telah didapatkan. Tetapi, olahlah idea-idea tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Jika terdapat masalah dibincangkan dari idea tersebut, cuba berikan pendapat anda untuk selesaikan masalah yang berkenaan. Dengan membantu menyelesaikan masalah yang dibincangkan, saya yakin, para pembaca akan kembali mencari anda dalam membantu menyelesaikan masalah mereka yang berkaitan pula.
Setakat ini dulu...utk entri yg akan dtg kita akan sambung yg ke-3 pulak ye..tunguu...
0 comments:
Post a Comment