Kalo nak,KLIK! Kalo xnak,KLIK JE..
HERBALIFE
BERMINAT MENCUBA HERBALIFE
Sila isi form di bawah >>>
Nama:
Email Anda:
NO H/P
Program Pilihan Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve skin
Jana pendapatan tambahan
Lokasi Anda

Friday, March 25, 2011

Baru tau!! @MrSyuko

Fish "Walks" on Beach to Spawn




Pernah tak Kawan2 tgk ikan ni.. byk betoi yer...bila Mrsyuko tgk video ni,teringin plak nk berada ditempat kejadian.. tgk ikan tu,"goreng tepung pun mcm sodap jgk yer" tp itulah ciptaan Allah "Subhanallah". 
Baru chek tau!!!!

Wednesday, March 23, 2011

Bulan Rabiul Akhir

Pengertian

Jika Rabiulawwal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga.
Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain dari Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.
Perlu diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.
Cuaca, iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain sedangkan taqwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.
Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.
Tamar berbunga maka sempena kebetulan ini umat Arab dahulu menamakan bulan ini dengan Rabiulakhir.


Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Akhir
Masjid Darwasiyah di Damsyik
Makam Imam Ghazali r.h di Iraq.
  1. Peperangan - ada beberapa peperangan yang dicatat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w yang berlaku di bulan Rabiulakhir diantaranya Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.
  2. Pengepungan Damsyik - pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyik.
  3. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a meninggal dunia dan Saidina Umar Al-Khattab r.a di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua.
  4. Peperangan Jamal - tahun fitnah dimana Saidatina Aisyah r.ha terheret dalam kancah peperangan menentang Khalifah Ali r.a.
  5. Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid diantaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.
  6. Imam Ghazali r.h meninggal dunia.
  7. Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiulakhir adalah tarikh Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w (tarikh difardhukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna pakai di Malaysia ialah 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w.



Fadhilat

Berbahagialah bagi yang sentiasa membaca dan menghayati al-Qur`an.
Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat di bulan Rabiulakhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.
Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tak buat atau tak berkesempatan buat. Maka pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.
Disamping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.
Diantara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah saw sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat qabliah dan ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan lain-lain lagi.



Sumber
Rujukan;
1. Jab. Mufti Terengganu, http://mufti.islam.gov.my/terengganu
2. Dr.(H) Hj. Kassim bin Bahali, Jab. Mufti Melaka, jkmmufti@tm.net.my
3. Shaykh Muhammad Saleem Dhorat, Riyadul Jannah ; Gardens of Paradise issue 1 (2004), http://www.riyaduljannah.com
4. Majlis Ugama Islam Singapura,Warita 1996, http://www.muis.gov.sg

Disemak oleh;
1. Dr.(H) Hj. Kassim bin Bahali, Peg. Falak dan Sumber Maklumat, Jab. Mufti Negeri Melaka.
2. Ust. Mohd Nazri bin Abd. Majid, Peg. Hal Ehwal Islam, Jab. Mufti Negeri Melaka.
3. Ust. Mohd Ali bin Zainal, Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, Jab. Mufti Negeri Melaka

Pengunjung / pembaca boleh menghubungi penulis untuk pertanyaan, maklumat lanjut, cadangan atau berkongsi pendapat di alamat jkmmufti@tm.net.my.


Sumber : http://www.al-azim.com

Thursday, March 17, 2011

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

Mesti ramai yang terkejut dgn berita yang keluar pasal botol susu BPA kan... MrSyuko sendiri pun,mana tidaknya anak yg dah setahun lebih guna botol susu tu..dgn segera la MrSyuko check,ada la jgk 3-4botol yg BPA...pastu,apalagi mula la mencari maklumat pasal botol susu BPA ni.
Di sini MrSyuko nak share la ckit...moga kwn2 yg penah guna dan akan guna botol susu boleh berjaga2 & ambil langkah yg sepatutnya.

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu  bayi  polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya 
mengandungi Bisphenol A (BPA).  Botol susu  ini boleh dikenalpasti 
melalui  kod identifikasi plastik  yang biasa didapati di bawah botol susu 
bayi seperti berikut:


     a. Nombor 7 




b. Nombor 7 dan PC 






  c. Nombor 7 dan ‘other’ 








Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan 
‘BPA free’ atau bebas BPA


b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian 
yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar 
sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu 
bayi  polikarbonat  dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 
minit.

Panduan Buat Pengguna TRAIN

Kepada mereka yg nak tau laluan TRAIN kt KL nii.. Inilah dia :

Kalo nak yg lebih tepat pergi laa kat link niii : Map of Integrated Rail

Extra Info

The LRT System in KL is operated by a single transportation entity known as RapidKL. The transportation company is actually running an integrated Bus & LRT services for the city and the Klang Valley area. KL and its suburbs are referred to collectively as the Klang Valley. The LRT services in the Klang Valley are run on two main lines namely the Kelana Jaya Line (previously known as PUTRA LRT) and Ampang Line (known before as STAR LRT). 

Wednesday, March 16, 2011

MAPEX 2011

As-Salam,

Apa Habaq semua??? MrSyuko ada Info bt semua..dan rasanya,mmg akan membuat anda bersemangat utk pergi..Memandang baru2 ini, Skim Rumah Pertamaku yang dimumkan oleh PM kita tempoh hari. Bagi mereka yg ada kelapangan hujung minggu nii, boleh la berjalan2 ke sana. 


:MAPEX 2011 :

Utk maklumat lebih lanjut,klik link bawah tu...


>>Info tambahan<< 
Apa kata suratkhabar :
KUALA LUMPUR 8 Mac – Skim Rumah Pertamaku, yang dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menarik penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan, termasuk institusi kewangan Islam.