Mesti ramai yang terkejut dgn berita yang keluar pasal botol susu BPA kan... MrSyuko sendiri pun,mana tidaknya anak yg dah setahun lebih guna botol susu tu..dgn segera la MrSyuko check,ada la jgk 3-4botol yg BPA...pastu,apalagi mula la mencari maklumat pasal botol susu BPA ni.
Di sini MrSyuko nak share la ckit...moga kwn2 yg penah guna dan akan guna botol susu boleh berjaga2 & ambil langkah yg sepatutnya.
a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya
mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti
melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu
bayi seperti berikut:
a. Nombor 7
b. Nombor 7 dan PC
c. Nombor 7 dan ‘other’
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan
‘BPA free’ atau bebas BPA.
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian
yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar
sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu
bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10
minit.
2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu
bayi polikarbonat untuk membancuh susu.2
3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan
berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi
rosak dan bercalar.
4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya
terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti.
Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6
bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan
menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol
susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.
Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang
diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES),
polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
"Maklumat Tambahan"
KENYATAAN AKBAR
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
PENGHARAMAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Mac 2011 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA).
Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012. Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh masa satu (1) tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.
Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA yang telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh dan sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA.
Di samping itu, pemantauan secara berterusan oleh KKM mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji. Sehingga tahun 2010, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85% dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan. Kajian oleh Universiti Malaya menunjukkan kadar migrasi meningkat sebanyak tujuh (7) kali ganda pada suhu 80ºC berbanding pada suhu bilik 25ºC.
Pengharaman yang diambil ini adalah selaras dengan tindakan beberapa buah negara lain. Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.
KKM tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Pengharaman ini dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi seperti bayi dan kanak-kanak sehingga terdapat maklumat yang kukuh berhubung keselamatan penggunaan BPA bagi botol susu bayi.
Dalam tempoh masa satu (1) tahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan oleh KKM. Namun begitu, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.
Sekiranya pengguna perlu maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/ 88833653/88833655 atau melayari laman web http://www.moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.
DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
14 MAC 2011
Sumber : http://www.moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my
2 comments:
perkongsian yang baik...
Kongsilah pada teman2 yg lain...
Post a Comment