Kalo nak,KLIK! Kalo xnak,KLIK JE..
HERBALIFE
BERMINAT MENCUBA HERBALIFE
Sila isi form di bawah >>>
Nama:
Email Anda:
NO H/P
Program Pilihan Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve skin
Jana pendapatan tambahan
Lokasi Anda

Sunday, April 10, 2011

Telur Tiruan@Palsu - Keratan Akbar Tanah Air.


Keratan Akbar : Sinar
GEORGETOWN - AWAS TELUR TIRUAN.....Telur tiruan yang dipecahkan menunjukkan putih telur dan kuning telur berkenaan bercampur ketika dipamerkan semasa sidang media oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
 Telur tiruan itu dibawa oleh seorang pengadu dikenali sebagai Loh yang membeli telur tersebut dari sebuah pasar di Pulau Tikus dekat sini.


- foto BERNAMA


Keratan Akbar : Harian Metro
KUALA LUMPUR: Penjualan telur ayam tiruan yang dikesan berlaku di pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang, kelmarin menimbulkan rasa panik kebanyakan pengguna sekitar ibu kota yang hampir keseluruhannya tidak mengetahui perbezaan antara telur ayam sebenar dengan telur ayam tiruan.
Malah, kewujudan telur ayam tiruan itu menyebabkan segelintir daripada pengguna gusar hingga sanggup membuat keputusan tidak akan membeli bekalan telur ayam di pasaran untuk sementara waktu atas alasan bimbang turut menjadi mangsa membeli telur ayam tiruan.
Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar basah, pasar raya, kedai borong dan kedai runcit sekitar ibu kota mendapati isu kewujudan telur tiruan berkenaan turut dikhuatiri bukan saja pengguna malah mendatangkan kebimbangan semua peniaga akibat khuatir bekalan telur yang dijual adalah tidak asli.
Peniaga, R Gopal, 30, berkata berita mengenai penjualan telur ayam tiruan yang diperbuat menggunakan bahan pengawet akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan tubuh badan amat merisaukannya kerana bimbang perkara berkenaan akan menjejaskan penjualan telur di pasaran.
Menurutnya, dia percaya bekalan telur yang terdapat di kedainya adalah asli kerana sudah melakukan penelitian dengan memecahkan beberapa biji telur untuk melihat isi kandungan telur tersebut bagi memastikan keaslian telur itu.
“Mengikut maklumat yang saya ketahui, telur tiruan berbentuk seperti telur gred A tetapi selepas dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur selain berbuih dan kelihatan cair berbanding telur asli,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Pengguna, Abdul Rahim Hashim, 26, berkata isu kewujudan telur ayam tiruan di pasaran memang mengejutkan dan seolah-olah tidak percaya terdapat pihak yang sanggup melakukan perkara itu demi mengaut keuntungan semata-mata.
Abdul Rahim berkata, perkara berkenaan perlu dipandang serius terutamanya kepada pihak berkuasa dan individu yang berkaitan bagi sama-sama membanteras perkara ini daripada terus merebak di seluruh pasaran tempatan.


Keratan Akbar : Utusan Malaysia
10/04/2011 1:52pm
Oleh YUSRI SAHAT

KUANTAN 10 April – Kementerian Kesihatan mengesahkan kandungan telur ayam tiruan yang diperoleh di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang baru-baru ini menyamai telur tulen.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persamaan seratus peratus kandungan protein telur ayam tersebut disahkan selepas bahan makanan itu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kelmarin.
Berikutan itu, kata beliau, pihaknya akan mengadakan pemeriksaan DNA kali kedua bersama Jabatan Kimia esok terhadap sampel berkenaan untuk menentukan tahap ketulenannya.
“Ujian DNA pertama mendapati telur ayam tersebut tiada mempunyai sebarang masalah kepada pengguna,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan di Kompleks Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini hari ini.

Keratan Akbar : Berita Harian
2011/04/11

KUANTAN: Analisis awal Jabatan Kimia terhadap sampel telur yang didakwa tiruan di Pulau Pinang mendapati ia mempunyai kandungan protein yang sama seperti telur tulen.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata bagaimanapun pihaknya belum berpuas hati dengan keputusan berkenaan dan mengarahkan jabatan berkenaan melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan ketulenannya.
“Saya minta ujian DNA dilakukan kerana saya masih tidak berpuas hati walaupun ia menunjukkan telur itu telur biasa berdasarkan kandungan proteinnya.
“Keputusan mengenainya akan diketahui esok (hari ini) dan orang ramai akan dimaklumkan mengenai perkara ini bagi mengelak kekeliruan,” katanya selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan di Kompleks Penyiaran Sultan Ahmad (KOMPSAS) di sini, semalam.
Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun.
Liow berkata, ujian DNA itu merangkumi analisis cangkerang, kuning telur dan putih telur serta kandungan proteinnya yang didakwa tiruan sebelum ini.
“Orang ramai tidak perlu risau mengenai perkara ini kerana kita pernah menerima aduan yang sama pada 2007 tetapi ternyata tidak benar,” katanya.
Akhbar baru-baru ini melaporkan dakwaan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris yang menasihatkan pengguna di Malaysia berhati-hati kerana ada telur tiruan dijual di pasaran.
Mohamed Idris dipetik sebagai berkata, telur tiruan mengandungi bahan kimia dengan cengkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat, manakala kuning dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.
Sementara itu, mengulas mengenai Adenovirus, Liow berkata 136 pelatih Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang, Negeri Sembilan, kini diletakkan di bawah pengasingan di kem itu, manakala lima lagi masih dirawat masing-masing tiga di Hospital Port Dickson dan dua di Hospital Seremban.
“Semua anggota dalam keadaan stabil dan tiada wabak baru dikesan berlaku di pusat latihan itu,” katanya.


MrSyuko- Harap2 sebelum ini kita tidaklah terbeli telur tiruan ini,kalau ada pun harap tidak memudaratkan. InsyAllah...
Untuk lebih maklumat : 1) How to identify fake chicken eggs
                                    2) China’s 10 Steps to Make a Fake Egg


0 comments: