Kalo nak,KLIK! Kalo xnak,KLIK JE..
HERBALIFE
BERMINAT MENCUBA HERBALIFE
Sila isi form di bawah >>>
Nama:
Email Anda:
NO H/P
Program Pilihan Turun berat badan
Naik berat badan
Improve kesihatan
Tambah tenaga
Improve skin
Jana pendapatan tambahan
Lokasi Anda
Showing posts with label Bas. Show all posts
Showing posts with label Bas. Show all posts

Friday, April 15, 2011

HENTIAN PUDURAYA BERWAJAH BARU

Hentian Puduraya merupakan terminal bas di Kuala Lumpur, Malaysia. Hentian ini dibuka pada 1976 oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn. Stesen bas ini digunakan oleh bas ekspres untuk perkhidmatan bagi seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Negara Thai dan Singapura. Puduraya adalah paling sibuk semasa cuti awam dan musim perayaan.
Pengendali Hentian Puduraya ialah dibawah UDA Holdings Bhd , sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.


 

Video 1 : Hentian Puduraya,Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Pembukaan semula Hentian Puduraya ditangguhkan pula ke 16 April depan berikutan kerja-kerja menaik taraf belum siap sepenuhnya.
Berikutan itu, Terminal Bas Bukit Jalil akan dikekalkan buat sementara waktu untuk kegunaan orang ramai, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau mengadakan perbincangan dengan pemaju Hentian Puduraya, UDA Holdings Berhad dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini.
"Kemudahan di hentian ini perlu diperbaiki lagi. Saya kurang berpuas hati kerana siling di sesetengah tempat terlalu rendah, eskalator, lif dan lain-lain belum testing (diuji) lagi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Hentian Puduraya di sini.