Salam semua, bertemu lg kita utk sambung tentang tips menulis artikel yg ke-3 iaitu "Tajuk Untuk Artikel".
Dalam penulisan artikel, tajuk adalah bahagian yang paling penting sekali. Ingat!! Paling PENTING sekali. Saya tekankan sebegitu kerana; tajuklah yang akan dibaca oleh pembaca terlebih dahulu apabila terjumpa artikel tulisan anda. Tajuk adalah headline bagi sesebuah artikel, bukannya ayat pertama yang terkandung dalam artikel anda. Tajuk juga adalah rumusan awal bagi isi kandungan artikel anda. Selepas pembaca membaca tajuk sesebuah artikel, dalam sesaat dua, mereka akan segera membuat keputusan sama ada ingin teruskan bacaan
atau tidak. Jika mereka membuat keputusan untuk tidak teruskan bacaan, ini bermakna, tajuk yang direka telah gagal dalam memberi gambaran terhadap isi kandungan artikel anda. Jika hal sebegini terjadi, ubahlah tajuk artikel anda itu. Untuk mengetahui adakah tajuk artikel anda menarik atau tidak, tanyakan kepada rakan-rakan anda. Minta mereka untuk memberi komen terhadap tajuk artikel anda itu. Jika mereka katakan tajuk anda kurang menyengat, minta pula pandangan dan cadangan mereka supaya anda dapat maksimumkan keberkesanan tajuk terhadap minda pembaca. Terdapat DUA kaedah untuk memberikan tajuk kepada artikel. Sama ada tajuk dalam :
bentuk pemberitahuan (contoh: Teknik Mudah Siapkan Produk Dalam 24 Jam) atau bentuk soalan (contoh: Adakah Anda Serius Dalam Jana Duit Melalui Adsense?).
Tidak kiralah apa jua pilihan anda dalam memberi tajuk, tetapi ia mestilah selaras dengan objektif artikel anda. Tajuk yang diberi pula mestilah relevan dengan isi artikel anda. Jika tidak relevan, sudah pasti pembaca akan hilang tumpuan dan tinggalkan artikel anda tanpa memanfaatkannya. Tajuk yang baik adalah tajuk yang tidak menunjukkan unsur-unsur jualan.
Contoh: Dapatkan Teknik Hebat Buat E-book Sekarang. Jika anda menulis tajuk artikel sebegitu rupa, ia menggambarkan anda hanya ingin membuat promosi terhadap sesuatu produk sahaja. Para pembaca mungkin membaca artikel anda tetapi tidak begitu teruja untuk menghabiskan bacaan mereka. Saya cadangkan, tulislah tajuk yang menunjukkan anda ingin berkongsi ilmu. Contoh: Teknik Hebat Buat E-book, Saya Senaraikan Caranya Di Sini. Cuba anda perhatikan, saya hanya ubahkan sedikit tajuk artikel itu supaya ia menunjukkan anda sedang membuat satu perkongsian ilmu. Dengan menulis tajuk sebegini, pembaca pasti akan membuat bacaan sehingga ke ayat terakhir artikel anda. Saya juga yakin, jika anda meletakkan link laman jualan di hujung artikel, dan anda meminta supaya pembaca mengunjungi laman jualan tersebut, mereka pasti akan berbuat demikian dan membuat belian di sana.
Oleh: Shaiful Azhan B. Malik
Hari Ini...
Sepatah Kata
- Mr Syuko
- Assalamualaikum semua..Terima kasih diatas kesudian kwn2 semua utk sama2 memeriahkan lg blog ini.MrSyuko ingin menjadikan blog ini sebagai tempat untuk MrSyuko berkongsi apa saja yg boleh dikongsi dan juga berbisnes.Semoga kita sama2 beroleh manfaat.
Hadis Sahih Al Bukhari
Blog²
Blog Update
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sewa Mobil Malang By Nayfa Group8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
F.Y.I13 years ago
-
-
-
BEZA CINTA & SUKA14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Radio HOT fm
Radio ERA fm
BERMINAT MENCUBA HERBALIFE
Sila isi form di bawah >>>
Sunday, November 14, 2010
Penulisan Artikel : Tajuk Untuk Artikel
Labels: Penulisan Artikel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Copyright© MrSyuko. All rights reserved.
Check Page Rank of any web site pages instantly: |
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service |
0 comments:
Post a Comment